KUANTAN: Pas Pahang menggesa kerajaan negeri segera menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji dan meneliti semula Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Pahang. Ia susulan kebimbangan Pas Pahang terhadap beberapa peruntukan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 negeri Pahang yang dilihat mempunyai intipati sama dan hampir sama dengan 16 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah (I) Kelantan 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan. Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abdul Jabar berkata, tindakan segera perlu diambil bagi…