RANAU: Seorang wanita warga emas dan cucu yang berusia empat tahun rentung dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Matan, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, kedua-dua mangsa yang terperangkap di dalam sebuah bilik ditemukan rentung. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd. Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.53 malam dan sepasukan sembilan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. Sebaik sahaja…










