Masa sebulan untuk MAIWP kemuka hala tuju baharu - PM - Utusan Malaysia

Masa sebulan untuk MAIWP kemuka hala tuju baharu – PM

Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Karnival MAIWP 2024 sempena Ulang Tahun ke-50 MAIWP di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini. -FOTO/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diberi tempoh sebulan untuk mengemukakan hala tuju baharu sebagai agensi penerajui pembangunan ummah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau turut mahu MAIWP memberikan laporan lengkap berhubung perancangan pernah dilaksanakan selain agenda terkini bagi melonjakkan prestasi agensi itu yang menjangkau usia 50 tahun.

Menurut beliau, MAIWP perlu menjadi contoh kepada agensi lain yang bukan sahaja mengurangkan jurang kemiskinan, tetapi menitik berat aspek tatakelola dalam pengurusan bantuan dana zakat.

“Saya mahu MAIWP mengemukakan cadangan bagaimana boleh menjadi majlis agama Islam, pengurusan, tatakelola terbaik dan hentikan apa-apa sahaja perbelanjaan yang tidak perlu.

“Tugas menteri dan Pengerusi MAIWP untuk memastikan setiap dana dan sen kembali kepada rakyat. Tidak boleh diperalat demi kesenangan peribadi,” katanya ketika berucap dalam Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2024 di Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Kata Perdana Menteri, beliau memandang serius mengenai amalan ketirisan dan penyelewengan dana zakat dengan menegaskan tiada pihak terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya terlibat.

“Bukan sahaja jabatan kerajaan dan orang politik, tetapi dana-dana zakat ada kisah diselewengkan

“Soal tatakelola, penyelewengan dana, gunakan dana zakat dan kerajaan untuk kepentingan peribadi memperkayakan sanak saudara sudah menjadi amalan sejak sekian lama,” katanya.

Justeru, Anwar berkata, MAIWP perlu berani memperbetulkan kesilapan lalu kerana pernah berlaku dalam kalangan warga agensi terheret dengan anasir penyelewengan.

“Kita tidak boleh membenarkan perkara ini berlaku,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN