PETALING JAYA: Banyak pihak mempersoalkan kejayaan daripada RM1.2 bilion dana penyelidikan yang diperuntukkan kerajaan sejak tiga tahun lalu dalam melonjakkan pertumbuhan pelbagai sektor di negara ini. Kementerian Pendidikan Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperuntukkan RM400 juta pada 2021, RM423 juta (2022) dan RM428 juta (Belanjawan 2023), antara peruntukan terbesar diberikan kerajaan. Laporan Harta Perbadanan Intelek (MyIPO) menunjukkan hanya 1,806 produk penyelidikan dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA)…