PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain melakukan lawatan mengejut bagi melihat sendiri penugasan dan operasi harian pegawai serta anggotanya di lapangan di Pusat Kawalan Daerah (DCC), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor. Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) pagi tadi, beliau yang mengenakan pakaian kasual itu tiba di IPD berkenaan tanpa pegawai pengiring. Razarudin dilihat memeriksa log tugasan, selain memberikan…