KPDN rampas 6,800 paket minyak masak bersubsidi - Utusan Malaysia

KPDN rampas 6,800 paket minyak masak bersubsidi

MOHD. Zuhairy (tengah) ketika sidang akhbar di ibu pejabat KPDN Selangor, Shah Alam, Selangor hari ini-FOTO/ SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) Selangor dan Pahang menumpaskan sindiket yang menjual minyak masak paket bersubsidi dalam pasaran gelap menerusi operasi dijalankan di tempat parkir lori dan treler kontena di Klang, pada 1 Februari lalu.

Pengarah KPDN Selangor, Mohd. Zuhairy Mat Radey berkata, pihaknya menjalankan operasi tersebut setelah membuat risikan terhadap sindiket tersebut selama sebulan.

“Dipercayai sindiket itu sudah menjalankan kegiatan haram tersebut sejak enam bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa serbuan dijalankan, anggota penguatkuasa menemukan 6,800 paket minyak masak satu kilogram (kg) di dalam sebuah lori,” katanya dalam sidang akhbar bagi memaklumkan kejayaan operasi yang dijalankan KPDN Selangor di ibu pejabat KPDN Selangor, di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Zuhairy, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berumur 60-an yang dipercayai pemandu lori berkenaan.

Katanya, sindiket tersebut dipercayai menjual minyak masak berkenaan kepada pihak yang tidak diketahui.

“Kita juga merampas semua minyak masak berkenaan, lori yang digunakan dan sejumlah dokumen perniagaan yang dianggarkan bernilai RM67,000,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Zuhairy memaklumkan, pihaknya turut menumpaskan aktiviti penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan berasingan di sebuah gudang di sekitar Rawang, baru-baru ini.

Ujarnya, polis merampas sebanyak 307 unit tong gas kosong berkapasiti 14kg dan 50kg, dua buah lori, peralatan pemindahan LPG dan beberapa dokumen berkaitan.

“Nilai semua rampasan bagi kes ini adalah RM103,411. Dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×