KPDN Kelantan siasat pemilik stesen di Tumpat bersekongkol seleweng bahan api

KPDN Kelantan siasat pemilik stesen di Tumpat bersekongkol seleweng bahan api

KENDERAAN yang di ubah suai tangki untuk tujuan penyeludupan berjaya dirampas oleh KPDN Kelantan dalam serbuan di Tumpat, Kelantan semalam.-IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan akan memanggil dan menjalankan siasatan ke atas pemilik sebuah stesen minyak di sini, selepas dipercayai bersekongkol dengan penyeludup menyeleweng bahan api bersubsidi ke negara jiran.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, tindakan itu susulan anggota KPDN Kelantan berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan selepas menahan sebuah kereta jenis Proton Iswara yang telah mengubah suai tangki untuk tujuan penyelewengan.

“Siasatan ini akan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu tidak membenarkan penjualan petrol, diesel selain ke dalam tangki asal kenderaan.

“Jika didapati bersalah, kita akan bawa kes ini ke mahkamah untuk pendakwaan dan tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang negeri. KPDN Kelantan sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu yang terlibat dengan perkara ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azman memberitahu, menerusi serbuan itu pihaknya turut seorang lelaki berusia 50-an yang telah dikesan membuat pengisian berulang dalam kuantiti yang tidak munasabah di stesen tersebut.

Katanya, penahanan lelaki itu pada pukul 10.30 pagi membawa kepada rampasan 100 liter minyak petrol.

Azman berkata, terdahulu pada pukul 6.30 pagi KDPN Kelantan telah menahan seorang lelaki berusia 20-an yang disyaki telah tangki ubah suai keretanya untuk penyeludupan.

Katanya, suspek itu ditahan di jalan Baru Kampung Kok Pasir, Bendang Morak di sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN