KUALA LUMPUR: Pelakon, Mimi Lana, 30, meluahkan rasa keliru dengan masyarakat Malaysia dan Indonesia selalu ‘bercakaran’ menunjukkan kehebatan negara masing-masing.
Kata Mimi Rozaiana Zainal Abidin, pekara itu membuatkan dia runsing dan keliru apatah lagi dua negara itu serumpun.
“Kenapa orang Malaysia dengan orang Indonesia ini selalu gaduh? Pening kepala saya,” katanya dalam Thread.
Isu perdebatan dua negara kembali menghangatkan ruang media sosial dengan rakyat masing-masing saling berdebat mengenai kehebatan negara mereka.
Pelakon filem Mojoku Hilang itu menambah dia dan pasangannya dalam filem itu, Adipati Dolken tidak pernah mengutarakan isu berkenaan.
“Saya dengan Adipati tak pernah pulak gaduh negara siapa paling bagus. Ke belum lagi?” Ujarnya ringkas. – UTUSAN










