Dua remaja maut motosikal bertembung

Dua remaja maut motosikal bertembung

KEADAAN salah sebuah motosikal yang terlibat kemalangan meragut dua nyawa remaja di Jalan Felda Cherul-Bukit Sagu, Kuantan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Dua remaja lelaki termasuk seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembun di Jalan Felda Cherul-Bukit Sagu, Kuantan, dekat sini, semalam. 

Kedua-dua mangsa, Muhammad Shafiq Hakimi Mohd. Nazri dan Muhammad Hafiey Rifqey Mohd Mahazan yang masing-masing berusia 16 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang.

Muhammad Shafiq Hakimi yang mengalami masalah pembelajaran merupakan pelajar  program pemulihan dalam komuniti (PDK) Felda Cherul manakala Muhammad Hafiey Rifqey merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cherul.

Ketika kejadian, Muhammad Shafiq Hakimi yang menunggang motosikal jenis Honda Wave sedang dalam perjalanan dari arah Felda Cherul ke Bukit Sagu manakala Muhammad Hafiey Rifqey yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss pula datang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang Muhammad Hafiey Rifqey dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang Muhammad Shafiq Hakimi.

“Pelanggaran itu mengakibatkan kedua-dua mangsa terjatuh ke atas jalan raya sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya di sini.

Mohd. Razi berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN