ALOR GAJAH: Keadaan kesihatan pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini semakin uzur. Bercakap kepada Utusan Malaysia, isterinya, Zainun Majid, 60, berkata, terbaharu suaminya kerap mengalami batuk berdarah sejak tiga hari lalu. Katanya, Pak Lan yang mengalami masalah kesihatan sejak 2018 tidak lagi boleh dipapah, lantas terpaksa didukung anak bongsunya untuk pergi ke tandas. “Kesihatan suami saya ketika ini memang tidak menentu kerana masalah batuk…










