JBPM Negeri Sembilan berdepan lebih banyak kes penyelamatan berbanding kebakaran - Utusan Malaysia

JBPM Negeri Sembilan berdepan lebih banyak kes penyelamatan berbanding kebakaran

CHOO Ken Hwa ketika merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran dan Pelancaran Op Tahun Baharu Cina 2024 di Lukut, Port Dickson hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berdepan lebih banyak kes penyelamatan berbanding kes kebakaran sepanjang tahun lalu.

Pengarah JBPM, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Abdul Khair Osman malahan berkata, berdasarkan statistik jumlah kes penyelamatan itu, 80 peratus daripadanya adalah melibatkan kemalangan jalan raya.

“Di Negeri Sembilan, berdasarkan statistik, kes penyelamatan itu lebih tinggi berbanding kebakaran, daripada segi penyelamatan itu, 80 peratus adalah kemalangan jalan raya.

“Sebab itu, kami terutamanya pada cuti musim perayaan akan lebih berwaspada dan sentiasa bersedia di dalam kawasan hotspot kes kemalangan yang tinggi termasuk di lebuh raya, memang di Negeri Sembilan kes kemalangan tinggi berbanding di negeri-negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia pada Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran dan Pelancaran Op Tahun Baharu Cina 2024 di sini hari ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa.

Menurut Abdul Khair, sepanjang tahun lalu, pihaknya telah terlibat dalam sebanyak 4,312 kes penyelamatan dan khidmat kemanusiaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 348 kes melibatkan kemalangan jalan raya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 22 peratus bangunan di negeri ini masih tidak mempunyai sijil perakuan bomba (FC) yang berkuat kuasa.

“Setakat ini sudah capai 78 peratus FC yang berkuat kuasa, ada lebh kurang 22 bangunan yang belum dapat FC, 22 peratus ini juga ada ada dalam tindakan mahkamah dan tindakan pematuhan notis yang kami keluarkan. Sekiranya notis pematuhan itu tidak dipatuhi memang tindakan mahkamah yang akan kami ambil, memang kami tidak bertolak ansur. 

“Pemilik bangunan ini telah membuat perubahan pada pelan asal yang telah diluluskan, apabila mereka buat binaan tambahan dan ubah suai, mereka tidak merujuk kembali kepada kami dan ini meningkatkan risiko berlakunya bahaya kebakaran,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×