‘Jangan lupa tanggungjawab membela nasib rakyat Palestin’ - Utusan Malaysia

‘Jangan lupa tanggungjawab membela nasib rakyat Palestin’

Rakyat Palestin diseru tidak lupa penderaan sedang dialami penduduk Palestin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Amal Islami (MAIM) membantah jenayah genosid dan perang berterusan dilakukan rejim Zionis sehingga puluhan ribu nyawa rakyat Palestin di Semenanjung Gaza terkorban.

Menurut kenyataan MAIM, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda sudah mengarahkan Israel mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk mencegah genosid di Gaza.

“Dengan himpunan segala bukti yang terlalu jelas, tindakan barbarik Zionis Israel itu melanggar seluruh resolusi dan perundangan dunia masih berterusan malah semakin me­ningkat,” katanya.

Menurut beliau, disebabkan badan dunia gagal menghukum Israel dengan jenayah genosid, bilangan mangsa di Gaza meningkat sehingga kepada skala paling mengejutkan.

“Kami berpendirian keadaan kritikal sekarang di Gaza perlu menyentuh sanubari setiap individu rakyat Malaysia. Tidak peduli dan mendiamkan diri tidak boleh diterima.

“Suara rakyat Malaysia membantah kezaliman Zionis Israel perlu diketengahkan dengan konsisten,” ujarnya.
MAIM turut menyeru para Daie dan Asatizah di Malaysia memainkan peranan agar masyarakat sedar mengenai tanggungjawab agama dan kemanusiaan perlu dilaksanakan untuk membela warga Palestin yang diperlaku sangat kejam.

GERAK

“Kami turut mengesa semua pihak termasuk semua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) meningkatkan gerak kerja me­ngangkat isu Palestin dengan bersungguh dan antara saranan yang perlu dilakukan adalah dengan menggantung keah­lian Israel dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ,” jelasnya.

Menurutnya, Israel ingkar arahan ICJ dan PBB dalam isu Gaza demi menjaga kredibiliti PBB walaupun Israel sepatutnya telah lebih lama digantung keahlian kerana dasar aparteid, penghapusan etnik dan jenayah genosid yang diamalkannya.

Selain itu, kempen memboikot barangan dan perkhid­matan proIsrael juga perlu dilancarkan dengan berkesan selain mengadakan perhimpunan aman untuk menyatukan masyarakat Malaysia.

Sehingga kini, jumlah rakyat Palestin yang maut sudah melebihi 26,500 orang termasuk 11,000 kanak-kanak dan 7,000 wanita serta lebih 65,000 mang­sa cedera.

Sebanyak 8,000 mangsa di­percayai masih tertimbus di bawah runtuhan, kes mati ke­rana kebuluran, selain terkorban akibat kecederaan parah tanpa rawatan serta penyakit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN