Isu Kampung Baru Cina boleh gugat kerjasama UMNO, DAP

Isu Kampung Baru Cina boleh gugat kerjasama UMNO, DAP

JENIRI AMIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan supaya Kampung Baru Cina di Selangor mendapat status Tapak Warisan Dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) boleh menggugat kerjasama antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Datuk Dr. Jeniri Amir berkata, ini kerana cadangan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming itu telah menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan orang Melayu.

“Ini bukan kali pertama isu sebegini dibangkitkan oleh DAP kerana mereka digerakkan oleh keinginan untuk menonjolkan imej kaum Cina, termasuk tapak-tapak warisan mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, tindakan DAP dalam menyentuh sensitiviti kaum Melayu dilakukan sejak dari dahulu lagi dan akan berterusan untuk memenuhi kehendak kaum Cina di Malaysia tanpa melalui cara yang betul.

Beliau mengulas hasrat Kor Ming yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah perkampungan itu yang diasaskan sejak 76 tahun lalu.

Bagaimanapun cadangan itu mengundang kritikan pelbagai pihak yang mendakwa cadangan berkenaan boleh menimbulkan ketidakharmonian kaum di negara ini.

Dalam pada itu Jeniri berkata, UMNO dan DAP seharusnya bersepakat untuk mengharmonikan kaum di negara ini tanpa me­nimbulkan sebarang isu perkauman.

“Kedua-dua pihak harus sedar bahawa kerjasama itu pen­ting demi negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN