MARAN: Perkhidmatan bot penambang yang menjadi pengangkutan tradisi penduduk di pinggir Sungai Pahang termasuk di Kampung Pantai/Telok Melati ke pekan Chenor lama kini tinggal sejarah sejak 20 tahun lalu. Ketika zaman gemilangnya dalam era 1960-an hingga 2004, lebih 20 bot penambang berenjin diesel memberikan perkhidmatan kepada penduduk pinggir Sungai Pahang ke Pekan, Temerloh dan beberapa lokasi pilihan penumpang. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk jati Chenor lama, Tengku Hasani Tengku Ahmad,…











