PETALING JAYA: Masyarakat dinasihatkan menukarkan perbuatan menyambut hari lahir di kubur dengan menjamu makan anak-anak yatim dan serta fakir miskin. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, tindakan itu adalah lebih baik kerana manfaatnya jauh lebih besar, di samping memohon keampunan buatnya. “Maka, tindakan sedemikian hendaklah dihentikan dan digantikan dengan doa dan begitu juga digantikan dengan sedekah kepada si mati. “Inilah yang…










