PETALING JAYA: Penetapan harga siling beras putih RM30 sekampit 10 kilogram (kg) bagi menggantikan beras tempatan RM26 bermula Isnin ini hanya menguntungkan pengilang. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Nur Fitri Amir berkata, kerajaan sepatutnya mengekalkan harga belian padi dan tidak menurunkan ia pada paras tidak sepatutnya. Menurutnya, cadangan untuk menurunkannya kepada RM1,300 berbanding RM1,600 hanya akan memberi impak negatif kepada golongan bawahan industri, iaitu pesawah…