Exco kerajaan negeri Johor akan dirombak - Onn Hafiz

Exco kerajaan negeri Johor akan dirombak – Onn Hafiz

ONN HAFIZ GHAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri bakal mengumumkan rombakan terhadap barisan exco negeri ini dalam tempoh seminggu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, rombakan tersebut bagaimanapun hanya melibatkan perubahan minima.

“Akan ada rombakan, tetapi tidak besar, hanya minima sahaja dan dibuat untuk kita perkasakan urusan kerajaan negeri pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di ibu pejabat UMNO Johor, di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO yang juga mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.

Onn Hafiz berkata demikian selepas ditanya pemberita berhubung khabar angin akan terdapat rombakan barisan exco dan portfolio, baru-baru ini.

Khamis lalu, Onn Hafiz yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap dilaporkan berkata pihaknya akan mengambil alih portfolio pelancongan di negeri ini.

Beliau pernah menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor sebelum dilantik sebagai Menteri Besar pada 15 Mac 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN