DAP semakin berani sebab ada banyak kerusi

DAP semakin berani sebab ada banyak kerusi

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP berani bertindak mengikut kepentingannya dan sanggup membelakangkan parti-parti komponen kerana parti itu memiliki jumlah kerusi yang banyak dalam menentukan pembentukan kerajaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dasar DAP kini semakin ketara membawa agenda sekularisme kerana kebergantungan kerajaan kepada mereka.

“Mereka sanggup keluar daripada muafakat sebelum ini apabila berasa terancam seperti mereka keluar Pakatan Rakyat ketika menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, namun selepas PRN mereka menyertai semula,” katanya..

Menurutnya, sudah banyak kali DAP mencetuskan kontroversi bermula dengan cadangan Tan Sri Lim Kit Siang berkenaan Perdana Menteri bukan Melayu; Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai (pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan); Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham (pakar bukan Islam dalam jawatankuasa Syariah) dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming (kampung baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO).

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim juga berkata, pertembungan itu akan berterusan kerana DAP melihat UMNO semakin lemah apabila berada dalam kerajaan perpaduan serta kerusi UMNO semakin mengecil.

“Kepimpinan UMNO harus bertegas dalam hal itu kerana ini yang diperlukan oleh akar umbi parti tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN