MELAKA: Pemberian bantuan awal persekolahan kepada keluarga B40 sedikit sebanyak meringankan beban golongan itu untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak yang akan memulakan sesi pada Mac ini. Penerima, Mohamad M. Raja Abdullah, 57, berkata, anaknya, Muhammad Shahid, 12, terpilih menerima bantuan persekolahan berjumlah RM100. Katanya, pendapatan sebagai buruh kasar tidak cukup untuk memenuhi keperluan persekolahan dua anaknya. “Saya bersyukur kerana bantuan ini sangat melegakan ketika harga barangan di pasaran semakin mahal.…










