Beras: Kerajaan didakwa ambil langkah tergesa-gesa

Beras: Kerajaan didakwa ambil langkah tergesa-gesa

Kerajaan belum membuat sebarang ketetapan susulan cadangan untuk mewujudkan satu gred Beras Putih Malaysia Madani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tindakan kerajaan memperkenalkan beras putih Malaysia Madani bagi menggantikan beras putih tempatan dan import di pasaran dilihat sebagai langkah terburu-buru tanpa mengambil kira situasi dihadapi pihak industri khususnya pengilang kecil beras.

Pengarah MYA Edaran Sdn. Bhd., Airin Yusmira Mohd. Yusof berkata, kerajaan perlu memberikan penjelasan lebih menyeluruh kepada pengilang kecil yang membawa masuk beras putih import dengan kos yang menurutnya tidak dapat dijual pada harga RM30 sekampit seperti ditetapkan.

“Seperti kami yang membawa masuk beras import ini, selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk pengangkutan, kos sudah menjadi RM32 sehingga RM35 sekampit, bagaimana kami dapat menjual pada harga RM30? Ada kos import yang kami tanggung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya lihat kerajaan seperti terburu-buru, jika isunya adalah berkenaan kekurangan beras tempatan yang berlaku ketika ini, jadi selesaikan isu tersebut. Jangan diganggu beras import yang mempunyai pasarannya sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Semalam media melaporkan, menerusi pengenalan mekanisme baharu beras putih Malaysia Madani bermula Isnin ini, kategori beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) dimansuhkan melainkan beras putih Malaysia Madani sebagai kategori beras tunggal

Pengerusi Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), Datuk Seri Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, serentak itu kerajaan menetapkan harga siling beras putih pada harga RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) manakala RM15.50 (5kg) dan RM3.50 (1kg).

Airin Yusmira memberitahu, pihaknya juga kecewa kerana tiada sebarang perbincangan diadakan kerajaan bersama pihak industri terutama pengilang kecil mengenai mekanisme baharu ini.

“Kami hanya terima maklumat menerusi laporan berita sahaja, kenapa tidak berbincang dahulu dengan kami daripada buat tindakan tergesa-gesa ini?” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini