Bekas pemimpin politik Australia didakwa jadi perisik, ‘menjual’

Bekas pemimpin politik Australia didakwa jadi perisik, ‘menjual’ negara

MIKE Burgess tidak menamakan bekas ahli politik itu. -BBC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang bekas ahli politik Australia didakwa ‘menjual’ negara kepada rangkaian pengintip asing, kata ketua perisikan negara itu dalam satu ucapan.

Menurut Mike Burgess, bekas pemimpin berkenaan berada dalam kumpulan yang digelar A-Team yang menawarkannya akses kepada keluarga Perdana Menteri ketika itu.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan orang atau negara mana yang mereka bekerja tetapi berkata plot itu berlaku beberapa tahun lalu.

Tuntutan itu menggegarkan Canberra dengan sesetengah pihak menggesa agar nama bekas ahli Parlimen itu didedahkan.

Semasa menyampaikan penilaian ancaman tahunannya di ibu negara, Ketua Pertubuhan Keselamatan dan Perisikan Australia (Asio) itu berkata, A-Team yang kini dibubarkan adalah rangkaian perisikan asing yang agresif dan berpengalaman yang mengenal pasti Australia sebagai sasaran keutamaan.

“Pengintip itu menyamar sebagai perunding, pemburu, pegawai kerajaan tempatan, ahli akademik dan penyelidik kumpulan pemikir yang mendakwa mereka daripada syarikat fiksyen,” katanya.

Mereka menyasarkan pelbagai kelompok termasuk pelajar, ahli akademik, ahli politik, ahli perniagaan, penguat kuasa undang-undang, penjawat awam dan lain-lain.

Burgess mendakwa, individu berkenaan menawarkan untuk membayar ribuan dolar untuk laporan mengenai topik termasuk perdagangan, politik, dasar luar dan pertahanan.-BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya