Bandar Enstek tarik pelaburan baharu bernilai RM420 juta - Utusan Malaysia

Bandar Enstek tarik pelaburan baharu bernilai RM420 juta

AMINUDDIN Harun (tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Pembelian Tanah di antara i antara pihak TH Properties Sdn. Bhd. dengan syarikat pelabur baharu di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pembangunan di Bandar Enstek di sini berjaya menarik pelaburan baharu sebanyak RM420 juta selepas termeterainya perjanjian jual beli di antara pemajunya TH Properties Sdn. Bhd. bersama syarikat pelabur iaitu Educ8 Group, Gobuilders Netsoft, Malindo Airways dan Meta Legends hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pelaburan baharu di kawasan berkenaan membabitkan pelbagai sektor antanya pendidikan, logistik dan makanan serta menerusinya ia mampu menawarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan.

Menurut beliau, sebelum ini, Bandar Enstek, telah berjaya menarik masuk pelaburan melebihi RM4 bilion dan berjaya menjana lebih 1,500 pekerjaan untuk masyarakat setempat.

“Penglibatan TH Properties dalam menarik masuk pelaburan melalui Bandar Enstek dan Techpark@Enstek khususnya merupakan sumbangan besar terhadap pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan. 

“Di samping peningkatan hasil negeri, kemasukan pelabur-pelabur seperti Educ8 Group contohnya dapat menambah baik tahap sosioekonomi dan pendidikan Bandar Enstek dan kawasan sekitarnya melalui kerjasama dengan akademi sukan dan pendidikan antarabangsa seperti The LALIGA Academy Malaysia, dan Mouratoglou Academy,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli antara TH Properties Sdn. Bhd. dengan Pelabur Hartanah Bandar Enstek, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi TH Properties, Datin Kartini Abdul Manaf.

Dalam pada itu, Aminuddin memberi jaminan kerajaan Negeri Sembilan akan terus menyokong dan memberi laluan kepada syarikat-syarikat seperti TH Properties dalam mengembangkan aktiviti perniagaan.

Menurutnya, sokongan tersebut antaranya melalui polisi laluan hijau, pengurangan bayaran premium tanah, pengurangan premium pertukaran status tanah dan caj sumbangan modal (untuk infrastruktur dan utiliti).

Jelas beliau, ia berpaksikan dua rancangan pembangunan iaitu Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021-2025 (RPNS) dan Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan 2023-2027.

“Dengan keberadaan Bandar Enstek di Wilayah Lembah Wawasan Malaysia 2.0, segala limpahan kemakmuran ekonomi di sini akan memberi impak kepada ekonomi serata wilayah MVV 2.0 dan kawasan sekitarnya.

“Dalam jangka masa panjang, keterlibatan Bandar Enstek dalam wilayah ini akan menjadi ‘game changer’ dalam mewujudkan kesinambungan ekonomi seterusnya menjadikannya sebagai pusat ekonomi yang mampan dan dinamik,” katanya.

Sementara itu, Kartini berkata, bagi pelaburan terbaharu tersebut ia melibatkan dua pelaburan hartanah di techpark@enstek dan dua lagi di dalam kawasan Bandar Enstek itu sendiri. 

“Tiga syarikat tersebut merupakan pelabur baharu di Bandar Enstek manakala Epsom College Malaysia pula telah beroperasi di Bandar Enstek sejak 2014.

“Dua syarikat yang membeli tanah di techpark@enstek adalah Gobuilders Netsoft, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan sistem penghantaran dan infrastruktur yang menfokuskan kepada perniagaan ke perniagaan dan Malindo Airways. 

Menurut beliau, Gobuilders Netsoft Sdn Bhd. telah membeli tanah seluas 13.43 ekar di fasa 2 techpark@enstek, manakala Malindo Airways pula telah membeli tanah seluas lebih 1.62 hektar di fasa 1 Techpark@Enstek untuk pembinaan kompleks latihan dan katering 

“Epsom, melalui Edu8 Group bakal menandatangani perjanjian jual beli untuk pemerolehan 12 hektar tanah lagi bagi mengembangkan aktivitinya di Bandar Enstek. Meta Legends, iaitu sebuah syarikat pemaju komersial pula telah membeli tanah seluas lebih 2.254 ekar berhampiran dengan Kampung LBJ,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN