Agong berkenan berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Agong berkenan berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat ke hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 di Istana Negara, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat ke hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 di Istana Negara, hari ini. 

Menurut Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, mesyuarat tersebut dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

“Turut berangkat, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Pemangku Sultan Johor, Pemangku Raja Perlis, Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Mahkota Kelantan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mesyuarat Raja-Raja pada hari ini turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Sabah,” kata hantaran itu. 

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir selain Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini