Agong berangkat Pra-mesyuarat Majlis Raja-Raja

Agong berangkat Pra-mesyuarat Majlis Raja-Raja

SULTAN Ibrahim berangkat ke Pra-mesyuarat (pre-council) Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-265 di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini. GAMBAR/FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat ke Pra-mesyuarat (pre-council) Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-265 di Istana Negara, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja akan berlangsung selama dua hari bermula esok dan akan dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Ibrahim menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong Ke-17 bermula 31 Januari lalu.

Pada 27 Oktober tahun lalu, Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas) berlangsung di Istana Negara sebulat suara mengisytiharkan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Mesyuarat yang dipengerusikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×