JOHOR BAHRU: “Saya selaku Ketua Polis Johor sudah beritahu, jika ada segelintir yang terlibat (salah laku), hala tuju pasukan adalah untuk pastikan segelintir yang merosakkan susu sebelanga ini disingkirkan daripada pasukan.” Demikian tegas Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap pegawai atau anggotanya yang terlibat dalam kes jenayah, salah laku atau rasuah. Menurutnya, kes pemerasan wang tunai berjumlah RM35,000 membabitkan seorang inspektor dan tujuh anggota…










