YPM belanja lebih RM500,000 bantuan pelajar miskin di enam daerah bekas LKW - Utusan Malaysia

YPM belanja lebih RM500,000 bantuan pelajar miskin di enam daerah bekas LKW

PENGERUSI YPM, Datuk Seri Ismail Mohamed Said (tengah) menyampaikan bantuan persekolahan kepada seorang pelajar sambil diperhatikan Ramlan Harun di SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Tahan di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Yayasan Pelajaran Mara (YPM) membelanjakan RM573,500 untuk Program Bantuan Pendidikan di enam daerah bekas kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) dalam tempoh tiga tahun lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, program itu sudah memberi manfaat kepada 3,140 pelajar sejak 2021.

“Program pendidikan berkonsepkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu melibatkan enam daerah di negeri Pahang iaitu Bera, Jerantut, Maran, Pekan, Rompin dan Temerloh yang merupakan kawasan di bawah LKW.

“Program pendidikan itu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan Pejabat Pendidikan Daerah mengenal pasti pelajar miskin yang memerlukan bantuan pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bantuan Pendidikan YPM di bawah LKW Bubar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Tahan di sini hari ini.

Ramlan berkata, sasaran program itu adalah kepada pelajar Melayu dan bumiputera asnaf serta golongan B40 di kawasan LKW Bubar dengan bantuan akses Pendidikan.

Katanya, bantuan yang disalurkan termasuk berbentuk kewangan, peralatan persekolahan, peranti elektronik dan program pendidikan kepada pelajar luar bandar bagi mengelakkan keciciran semasa mengikuti pembelajaran.

Ujarnya, untuk tahun lalu, program terbabit memberikan manfaat kepada 1,030 orang pelajar dengan peruntukan berjumlah RM218,000.

“Pada 2022 pula peruntukan diterima berjumlah RM250,000 dengan 1,120 penerima manfaat manakala RM105,000 diperuntukkan pada 2021 memanfaatkan 990 pelajar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya