Tengku Muhammad Fakhry Petra dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan

Tengku Muhammad Fakhry Petra dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan

WARTA Kerajaan Kelantan berkait pelantikan Tengku Muhammad Fakhry Petra dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan yang tular sejak malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan berkuatkuasa 4 Januari.

Menurut Warta Kerajaan Kelantan bertarikh 11 Januari yang tular di laman sosial memaklumkan perkara tersebut mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Kata warta itu, satu mesyuarat telah di adakan pada 4 Januari lalu pada pukul 3.30 petang melibatkan Ahli-Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan di Bilik Mesyuarat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Kompleks Kota Darulnaim berhubung perkara tersebut.

“Memenuhi kehendak Fasal (2) Perkara 27 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), bahawasanya kami dengan ini bersetuju mengangkat sembah nasihat kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V untuk mengurniakan akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan kehadapan Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra, Tengku Bendahara Kelantan pada ketika ini.

“Tengku Muhammad Fakhry Petra merupakan putera zuriat Almarhum Sultan Ismail Petra, menepati dengan maksud Perkara 30 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua),” katanya.

Warta Kerajaan Kelantan memberitahu, Sultan Muhamad V turut menarik balik akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan yang dikurniakan kepada Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Katanya, penarikan itu berdasarkan kepada kuasa Baginda di bawah Fasal (2) Perkara 27 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) dibaca bersama dengan Seksyen 47 Interpretation Acts 1948 and 1967.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya