PETALING JAYA: Siasatan ke atas bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng dalam usaha pemulihan aset yang dipercayai diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hampir lengkap. Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya percaya akan melengkapkan kertas siasatan dalam masa terdekat ini. Menurut beliau, siasatan polis adalah mengenal pasti aset-aset yang diseleweng daripada dana 1MDB untuk perolehan kembali (asset recovery). “Kita telah menyerahkan senarai…










