Ribuan rakyat Johor menanti lambaian Agong baharu - Utusan Malaysia

Ribuan rakyat Johor menanti lambaian Agong baharu

RIBUAN rakyat berkumpul di pekarangan Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi menyaksikan Istiadat Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Orang ramai mula berhimpun di pekarangan Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini seawal pukul 6 pagi bagi meraikan Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mereka yang berhimpun terdiri daripada pelbagai kaum dan usia.

Lokasi tersebut merupakan ‘check point’ ketujuh dalam pergerakan baginda sebelum berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, hari ini.

Rakyat yang beragama Islam turut menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya