Rakyat kena sokong usaha perangi pencuri duit berbilion - PM - Utusan Malaysia

Rakyat kena sokong usaha perangi pencuri duit berbilion – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon dokongan daripada seluruh rakyat Malaysia untuk menyokong usahanya dalam menambahbaik tatakelola dan memerangi rasuah di negara ini.

Menyedari isu tatakelola dan rasuah yang kerap kali dibangkitkan mengundang rasa tidak senang oleh sesetengah pihak namun Perdana Menteri berkata, usaha tersebut bukan hanya dipikul  orang politik sahaja bahkan seluruh sistem di tanah air.

Menurut beliau, kecurian berbilion ringgit duit milik rakyat tidak boleh dianggap perkara biasa sebaliknya pandangan yang disifatkannya sebagai hambar dan haprak itu perlu diperangi.

“Memang (isu) tatakelola (dan) rasuah dibenci oleh beberapa pihak tetapi mereka lupa sebab rasuah dan tatakelolalah (kerajaan) tidak dapat bagi peruntukan begitu besar kepada sektor pendidikan. 

“Disebabkan isu tatakelolalah hampir 8,000 tandas (di sekolah seluruh negara) harus diperbaiki tahun lalu dan sebab isu tatakelolalah puluhan bilion wag rakyat dipunggah kepada beberapa tokoh tertentu.

“Jika tidak ada sokongan dalam politik dan lain-lain, sekurang-kurangnya dalam isu tatakelola dan tuntutan ke arah perubahan, saya pohon dukungan penuh daripada rakyat terutamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Wacana Pemikir Global 2024 bertemakan ‘The Next 100 Years: Vision 2100 for Malaysia’ di Universiti Malaya (UM), hari ini.

  Turut hadir pada majlis perasmian itu adalah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Naib Canselor UM, Prof Datuk Seri Dr. Noor Azuan Abu Osman dan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya