KLUANG: Penduduk Kampung Orang Asli Peroh di Kahang, dekat sini memanfaatkan sepenuhnya tanaman di sekeliling rumah selain hasil menjaring di kawasan dinaiki banjir sebagai lauk harian mereka sepanjang banjir melanda penempatan tersebut. Situasi itu terpaksa dihadapi kerana untuk keluar ke pekan Kahang, penduduk perlu mengharungi sungai berikutan laluan keluar ke jalan utama ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan kecuali menggunakan bot. Seorang penduduk, Liong Marlina, 40,…










