Penghantar makanan maut terbabit nahas dua buah motosikal - Utusan Malaysia

Penghantar makanan maut terbabit nahas dua buah motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penghantar makanan maut selepas terbabit kemalangan melibatkan dua buah motosikal dalam kejadian di Jalan Pajam-Mantin, Nilai, di sini malam semalam. 

Nahas yang berlaku kira-kira pukul 8.45 malam itu, telah mengakibatkan pemuda berusia 27 tahun itu maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. 

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan yang berlaku tersebut membabitkan dua buah motosikal termasuk motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan dari arah Mantin ke Nilai.

“Sebuah lagi motosikal jenis Yamaha LC135 ditunggang oleh seorang lelaki berumur 35 tahun sedang bergerak dari arah bertentangan. Ketika sampai di tempat kejadian kedua-dua motosikal telah bertembung di tengah-tengah laluan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa yang cedera mengalami kecederaan parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal jenis Yamaha LC135 mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa yang maut telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat dan seorang lagi penunggang motosikal yang cedera menerima rawatan di zon kuning. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya