PATI dalam hutan, Imigresen N. Sembilan laksanakan risikan

Penempatan haram PATI dalam hutan, Imigresen N. Sembilan laksanakan risikan, siasatan

imigresen
KENNITH Tan Ai Kiang ketika ditemui selepas serbuan Operasi Bersepadu Siri 1/2024 di Seremban 2, Seremban semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Negeri Sembilan sentiasa melakukan siasatan dan risikan bagi mengenal pasti sekiranya berlaku lagi kejadian penempatan dan perkampungan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk yang berada di dalam kawasan hutan di negeri ini.

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, selepas berlaku dua kejadian seumpamanya iaitu di Nilai dan Bandar Ainsdale tahun lalu, pihaknya mengakui menerima sedikit maklumat mengenai perkara serupa.

“Kami dapat sedikit maklumat, sedang buat risikan dan siasatan tentang lokasi dan sebagainya, apabila melibatkan penempatan dalam hutan agak skar untuk dikenal pasti, namun ia dalam tindakan dan kami giatkan usaha untuk mengesan,” katanya kepada pemberita selepas pelaksanaan Operasi Bersepadu Siri 1/2024 di Seremban 2 di sini, semalam.

Pada operasi yang menyasarkan asrama dan tempat tinggal warga asing yang terletak di kawasan rumah-rumah kedai itu, seramai 110 orang warga asing telah diambil tindakan hasil pemeriksaan terhadap 628 orang terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal, India, Pakistan dan Sri Lanka.

Antara kesalahan yang dilakukan warga asing ini termasuklah tinggal lebih masa di negara ini selain masuk tanpa pas yang sah.

Sementara itu, Kennith Tan berkata, hampir setiap hari pihaknya menjalankan operasi bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

“Kami tidak akan leka, sentiasa laksanakan operasi, berdasarkan statistik ramai warga asing ini ditahan di kawasan Seremban termasuk di Nilai yang merupakan kawasan hotspot, kami akan laksanakan operasi berterusan di situ,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya