Hakim Danish teruskan prestasi konsisten di Eropah

Hakim Danish teruskan prestasi konsisten di Eropah

HAKIM Danish mempamerkan prestasi konsisten dan menghuni kedudukan ketiga keseluruhan dalam Piala Red Bull MotoGP Rookies, musim ini. - Gambar ihsan ZK Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba remaja negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mengekalkan rentak konsisten pada Piala Red Bull MotoGP Rookies sekalipun gagal mencatat keputusan podium dalam perlumbaan 1 dan 2 di Litar Mugello, Itali.

Dalam saingan yang berlangsung, semalam dan hari ini, anak jati Kuala Terengganu itu menamatkan aksinya di kedudukan ketujuh dalam perlumbaan 1 dan di tempat keenam untuk perlumbaan 2.

Secara keseluruhan, anak muda berusia 17 tahun itu mengumpul 19 mata dalam perlumbaan berkenaan dan mengekalkan kedudukannya di tangga kelima keseluruhan dalam senarai pelumba Red Bull MotoGP Rookies, musim ini.

Hakim Danish berkata, dia berpuas hati dengan prestasinya di Mugello selepas berjaya mengekalkan kedudukan dalam lapan pelumba terbaik.

“Berbanding perlumbaan 1, persembahan saya dalam perlumbaan 2 lebih baik dan pasukan saya berjaya meningkatkan prestasi jentera berbanding semalam.

“Saya yakin dengan perlumbaan yang saya harungi dan mengekalkan kedudukan dalam kumpulan hadapan amat penting buat saya,” katanya menerusi kiriman video dari Mugello.

Memacu jentera KTM, Hakim Danish memberitahu, dia sedikit ketinggalan ketika perlumbaan memasuki pusingan terakhir, namun tetap berjaya menempatkan diri pada kedudukan terbaik.

“Saya berjaya kejar balik pada hujung aksi dan hampir berlanggar dengan pelumba lain, tetapi, saya masih selamat dan menamatkan perlumbaan di tangga keenam,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pelumba muda Malaysia, Qabil Irfan Azlan yang beraksi pada Kejuaraan Superbike Eropah (ESBK) untuk kategori Moto4 melengkapkan aksinya di kedudukan kelima pada perlumbaan 1 dan ketujuh bagi perlumbaan 2. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN