GUA MUSANG: Penduduk Kampung Serian di sini menuntut pihak berkaitan menyiapkan segera projek jalan yang didakwa sudah terbengkalai lebih sedekad lalu. Laluan sepanjang 18 kilometer yang menghubungkan Kampung Serian dengan Kampung Star itu didakwa tidak disiapkan dengan sempurna sehingga memberi kesulitan kepada mereka. Wakil penduduk, Muhamad Rofi Ismail, 56, berkata, sebelum ini mereka dijanjikan dengan projek jalan baharu yang dapat menjimatkan masa perjalanan ke bandar Gua Musang dan Jeli. “Kontraktor…










