Pameran pemain hoki ais wanita di Balai Seni Negara

Pameran pemain hoki ais wanita di Balai Seni Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Orang ramai dipelawa menyaksikan pameran percuma hasil karya pemain hoki ais wanita kebangsaan, Dhan Illiani Yusof bertajuk Hanya Satu: Niyat di Balai Seni Negara di sini.

Dalam satu kenyataan, Balai Seni Negara memaklumkan, Dhan Illiani bukan hanya seorang seniman biasa malah merupakan seorang pemain hoki ais kebangsaan yang sedang bersiap sedia untuk ke Sukan SEA pada 2025.

“Pameran ini bukan sahaja menekankan isu seni, namun turut menggabungkan sukan dalam sebuah persembahan seni bertajuk Niyat Hoki.

“Persembahan ini memperlihatkan rakan sepasukannya dalam hoki, menyorot disiplin dan proses bersama di antara kedua-dua bentuk ekspresi. 

“Walaupun kelihatan bertentangan, seni dan sukan memiliki hubungan yang nyata dan tidak nyata yang tidak pernah terlihat oleh masyarakat umum,” jelas kenyataan itu.

Niyat merupakan frasa daripada ‘niat’ dan niyyah dalam bahasa Arab yang mana kedua-duanya mempunyai persamaan makna tersurat dan tersirat.

Menurut kenyataan itu lagi, pameran Hanya Satu merupakan ruang untuk para seniman berkarya dan pelantar prokovasi idea serta memberi pengiktirafan kepada pelukis kontemporari muda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya