PETALING JAYA: Polis melakukan siasatan menyeluruh berhubung insiden melontar molotov cocktail di kediaman Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Perak semalam. Ia termasuk kemungkinan mempunyai kaitan dengan komen dikeluarkan Ahli Parlimen Beruas itu berhubung isu campur tangan hal ehwal agama Islam. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan kontinjen Perak termasuk memanggil saksi-saksi berkaitan. Katanya, pihaknya melihat pelbagai elemen dalam…










