DUNGUN: Banjir besar yang berlaku di Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor, Hulu Dungun dekat sini pada Khamis lalu menyebabkan kediaman penduduk, sekolah dan masjid di kedua-dua kampung itu dipenuhi lumpur tebal hingga paras betis. Tinjauan di kedua-dua kampung itu mendapati banyak kemusnahan berlaku apabila hampir 80 peratus daripada kira-kira 160 buah rumah penduduk mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung, dinding dan lantai. Tiga rumah di Kampung Shukor juga hanyut…










