Langkah Dubai buang masa, PN diajak bantu Anwar

Langkah Dubai buang masa, PN diajak bantu Anwar

SUHAILI ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Labuan mengajak semua ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sebarang langkah untuk menjatuhkan kejatuhan sedia ada tidak akan berjaya.

Menurut Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman, gerakan se­perti ‘Langkah Dubai’ hanya satu cubaan membuang masa kerana yakin usaha itu tidak berhasil kecuali melalui pro­ses Parlimen.

Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong juga tentu tidak merestui sebarang gerak kerja untuk menjatuhkan kerajaan yang boleh menyebabkan ketidakstabilan politik dan ekonomi negara.

“Saya mengajak semua ahli parlimen terutamanya kawasan mereka yang dilanda banjir supaya beri sokongan kepada PMX (Anwar) memandangkan 2024 sudah bermula, bermakna jelas satu tahun yang lengkap, jadi tiga empat tahun sahaja lagi, takkan mahu bazir masa buat benda tidak berfaedah.

“Daripada terus berusaha jatuh kerajaan, lebih baik kerjasama dengan PMX (Anwar), ahli Parlimen dapat peruntukan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Suhaili antara lima ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengumumkan sokongan kepada Anwar.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan spekulasi mengenai usaha yang didakwa didalangi pihak pembangkang mahu menumbangkan kerajaan menerusi Langkah Dubai.

Namun, Anwar menyifatkan, cubaan itu tidak memberi kesan kepada Kerajaan Perpaduan dengan tumpuan diberikan kepada soal kerja dalam membangunkan negara.

Mengulas lanjut, Suhaili berharap timbul kesedaran dalam jiwa ahli Parlimen PN bahawa usaha menjatuhkan kerajaan adalah sia-sia.

“Kalau sekiranya mahu menghadap Tuanku Agong bawa akuan bersumpah (SD), saya tidak rasa perkara itu dapat dilakukan.

“Seri Paduka tidak mahu lagi melihat sebarang pertukaran perdana menteri, jadi saya yakin apa juga gerak kerja untuk jatuhkan Kerajaan Madani tidak akan direstui.

“Saya sangat yakin Sultan Johor yang akan menggantikan Al-Sultan Abdullah juga tidak restui sebarang gerak kerja jatuhkan kerajaan sedia ada,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN