KUANTAN: Semua pimpinan parti politik perlu melakukan ‘gencatan’ sehingga 2027 bagi mengelak konflik politik berterusan dan bersama-sama menumpukan usaha merealisasikan agenda pemulihan ekonomi negara. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, ini bukan masanya untuk pimpinan parti politik mengatur strategi bagi menukar kerajaan yang mempunyai sokongan lebih dua pertiga ahli Dewan Rakyat. Beliau berkata, tahun baharu ini bukan lagi masa mengatur ‘langkah’…










