Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipercayai akan membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung pemberian projek kepada individu tertentu termasuk melaksanakan dua program di bawah pentadbirannya sebelum ini. Satu sumber mengesahkan kepada Utusan Malaysia, keterangan bekas pemimpin itu akan diambil kira-kira pukul 10 pagi tadi. Katanya, siasatan SPRM terhadap beliau turut memfokuskan kekayaan dimilikinya termasuk ahli keluarganya. “SPRM juga dipercayai telah pun merakam keterangan pembantu yang…










