Ismail Sabri bagi keterangan kepada SPRM hampir lima jam

Ismail Sabri bagi keterangan kepada SPRM hampir lima jam

ismail sabri
ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telah memberi keterangan selama lima jam selepas dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Susulan itu suruhanjaya itu akan memanggil beberapa lagi pemimpin termasuk orang kanan mereka bagi menyelesaikan kes membabitkanb dana publisiti bernilai RM700 juta.

SPRM juga sudah  merakam keterangan pembantu kepada Ahli Parlimen Bera yang mempunyai hubung kait dengan beliau sebelum ini dalam pemberian projek. Difahamkan SPRM akan mengambil keterangan pembantu kepada Ismail sekali lagi selepas ini. Turut akan dipanggil selepas ini suami kepada pembantu Ismail Sabri.

Keterangan Ismail Sabri diambil keterangan  bagi membantu siasatan berhubung pemberian projek kepada individu tertentu termasuk melaksanakan dua pro­gram di bawah pentadbirannya sebelum ini.

Proses mengambil keterangan Ismail Sabri berlangsung hampir 5 jam dari pukul 10 pagi sehingga pukul 4.45 petang. 

Keterangan Ahli Parlimen Bera diambil bagi siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Akta SPRM 2009.

Utusan Malaysia difahamkan, keterangan yang diambil oleh SPRM semalam juga bagi menjelaskan mengenai penggunaan sejumlah wang bagi tujuan publisiti kerajaan ketika pentadbiran beliau dalam tempoh 2020 hingga 2022.

Selepas Ismail Sabri, SPRM juga akan panggil seorang lagi bekas pemimpin tertinggi kerajaan dalam masa terdekat.

DILAKUKAN

Siasatan SPRM terhadap Ismail yang dilakukan di bawah AMLATFPUAA adalah bagi mengesan transaksi-transaksi kewangan meragukan yang disalurkan kepada individu tertentu.

Utusan Malaysia difahamkan, SPRM juga akan melihat sekiranya terdapat kesalahan rasuah, pecah amanah dalam penggunaan dana bagi tujuan publisiti itu.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, bekas perdana menteri itu akan dipanggil hari ini.

Selain itu, SPRM akan  memfokuskan kekayaan dimilikinya termasuk ahli keluarganya.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki  mengesahkan pihaknya akan memanggil seorang bekas Perdana Menteri minggu ini bagi memberi keterangan berhubung penggunaan wang sebanyak RM700 juta bagi tujuan publisiti kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN