MELAKA: Seorang penghantar makanan, Irmi Shahrizan Mohd. Nasir, 41 sesekali tidak menyangka demam yang dianggap penyakit biasa akhirnya menyebabkan anak sulungnya hilang ingatan. Irmi Shahrizan berkata, lebih menyedihkan apabila Muhammad Aqeef Irmi Shahrizan, 14, yang dahulunya aktif dan ceria kini hanya mampu terlantar atas katil di rumah. Jelasnya, dugaan menimpa keluarganya itu bermula dua bulan lalu selepas Muhammad Aqeef diserang demam panas usai bangun daripada tidur untuk ke sekolah. Ujarnya,…










