Aminuddin ketuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat N. Sembilan - Utusan Malaysia

Aminuddin ketuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat N. Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengetuai senarai 473 individu penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-76, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu dianugerahkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pula dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Seramai lima individu pula dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Prof. Madya Dr. Faudzinaim Badaruddin; Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Kamal Bashah Ahmad Tajuddin; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md Din; Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim dan Hakim Utama, Mahkamah Tinggi Seremban, Datin Rohani Ismail.

Sementara itu, seramai 22 orang pula menerima anugerah Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk.

Mereka antaranya ialah ADUN Sungai Lui, Mohd. Razi Mohd. Ali; ADUN Johol, Saiful Yazan Sulaiman; Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner, Abd. Khalid Othman dan Panglima Briged Pertama, Brig. Jen. Mohamad Noorlizam Shamsuddin.

Turut menerimanya, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff; Timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohammad Kassim; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Dr. Roslan Hussin dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Sazali Harun.

Sementara itu, seramai 14 individu menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS), 22 individu menerima Darjah Pekerti Terpilih (DPT) dan 62 individu menerima Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS).

Seramai tujuh individu pula dikurniakan Setiawan Tuanku Muhriz, Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (112), Pingat Jasa Kebaktian (194), Bentara Tuanku Muhriz (23) dan Pingat Khidmat Lama (10).-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya