ISKANDAR PUTERI: Pasar nelayan di Kampung Pendas Laut dinaiki air berikutan air pasang besar hari ini. Air laut dari Selat Tebrau mula naik pukul 11.30 dan pasang sepenuhnya satu jam kemudian. Walaupun paras air laut meningkat sehingga ke paras lutut, namun aktiviti jual beli tetap lancar dengan kehadiran pengunjung luar. Bagaimanapun, mereka terpaksa meredah air untuk sampai ke gerai yang terletak kira-kira 30 meter di tepi laut yang turut dinaiki…