PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri tanpa menghiraukan sebarang percaturan politik. Perdana Menteri berkata, Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika beliau menghadap Seri Paduka bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas Kabinet hari ini di samping mengulas beberapa perkembangan semasa. Kata Anwar, Seri Paduka juga bertitah bahawa pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik. “Seri…










