35 murid SK Pelak diangkut guna Hilux masuk sekolah duduki UASA - Utusan Malaysia

35 murid SK Pelak diangkut guna Hilux masuk sekolah duduki UASA

MURID tahap dua SK Pelak diangkut menggunakan Toyota Hilux kerana sekolah mereka dinaiki air banjir di Kampung Pelak di Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Seramai 35 murid tahap dua Sekolah Kebangsaan (SK) Pelak di sini diangkut menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bagi memasuki kawasan sekolah itu yang ditenggelami banjir.

Kesemua murid terbabit terpaksa diangkut bagi menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang bermula Isnin lalu sehingga Jumaat ini.

Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah itu, Noor Hidayah Ismail berkata, murid terbabit diangkut menggunakan Toyota Hilux bermula pukul 7 pagi hari ini.

“Kesemua murid terbabit terpaksa diangkut menggunakan Hilux kerana kereta biasa tidak boleh masuk ke kawasan sekolah kerana banjir.

“Sebanyak lima ‘trip’ untuk membawa masuk murid dan guru serta tiga ‘trip’ keluar pada pukul 12.15 tengah hari,” katanya di sini hari ini.

Noor Hidayah berkata, sekolah itu mula dinaiki air banjir semalam.

“Semalam murid-murid boleh lagi mengharung air masuk kawasan sekolah, tapi hari ini tidak boleh kerana air semakin dalam.

“Memang setiap tahun apabila berlaku banjir di daerah Pekan, SK Pelak tidak ketinggalan turut dinaiki air banjir,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, hanya murid tahap dua hadir ke sekolah bagi menduduki UASA, manakala murid tahap satu menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya