2.04 juta hektar hutan Pahang dilindungi daripada pencerobohan - Wan Rosdy - Utusan Malaysia

2.04 juta hektar hutan Pahang dilindungi daripada pencerobohan – Wan Rosdy

WAN ROSDY Wan Ismail (tengah) bersama pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tersang yang mempamerkan lukisan bertema hutan sempena Pelancaran Projek Penghutanan Semula Hutan Simpanan Kekal di Raub, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Sebanyak 57 peratus atau 2.04 juta hektar hutan di negeri ini yang terbesar di Semenanjung disimpan dan dilindungi daripada sebarang pencerobohan demi kepentingan khazanah alam serta generasi akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy berkata, kawasan hutan terbabit merangkumi rizab Hutan Simpanan Kekal, rizab Taman Negara, rizab Hidupan Liar, rizab Tanah Kerajaan dan Tanah Bermilik Berhutan.

Tegasnya, komitmen kerajaan Pahang itu sebagai merealisasikan kepentingan hutan sebagai kawasan tadahan air serta pemeliharaan dan pemuliharaan habitat hidupan.

“Daripada jumlah tersebut, seluas 1.6 juta hektar merupakan rizab Hutan Simpanan Kekal Negeri Pahang yang berkepentingan pemeliharaan pelbagai spesies pokok.

“Ia juga merangkumi kawasan tadahan air yang menjadi sumber utama bekalan air bersih kepada rakyat Pahang termasuk penduduk Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Penghutanan Semula Dalam Hutan Simpanan Kekal Negeri Pahang seluas 20,303.27 hektar di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, Syarikat Amat Bayu Sdn. Bhd. diberi tanggungjawab melaksanakan perhutanan semula hutan seluas 20,303.27 hektar di negeri ini selama 60 tahun.

“Saya mengharapkan agar projek ini menjadi contoh pengurusan projek penghutanan semula yang terbaik di negeri Pahang dan mematuhi peraturan-peraturan semasa yang sedang berkuatkuasa,” katanya.

Malah ujar Menteri Besar, menerusi projek ini juga, kawasan-kawasan tidak berhutan atau terosot yang sudah dikenal pasti oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akibat bencana alam atau penerokaan untuk pembangunan dapat dipulihkan semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya