Warga emas rugi lebih RM200,000 terpedaya pihak menyamar pegawai Bank Negara - Utusan Malaysia

Warga emas rugi lebih RM200,000 terpedaya pihak menyamar pegawai Bank Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang wanita warga emas berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM200,000 selepas terpedaya dengan penyamaran individu sebagai pegawai Bank Negara dalam kejadian yang berlaku pada 4 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, kaunter aduan Balai Polis Nilai telah menerima aduan daripada pengadu semalam berhubung kejadian terbabit. 

“Pengadu yang berusia awal 60-an itu memberitahu telah menerima satu pesanan ringkas dari nombor telefon tidak dikenali yang menyatakan terdapat penggunaan kad kredit milik pengadu di aplikasi membeli belah dalam talian. 

“Pengadu kemudiannya diarahkan menghubungi talian yang diberi kononnya untuk melaporkan perkara tersebut kepada Bank Negara Malaysia. 

“Dalam perbualan dengan pihak yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia tersebut, pengadu telah diminta untuk menyerahkan semua maklumat perbankan pengadu termasuk nombor kad mesin juruwang automatik (ATM) dan nombor CCV milik pengadu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau menambah, pengadu juga diarahkan untuk memberikan nombor kata laluan sekali guna (OTP) yang diterima dengan alasan untuk menyekat akaun pengadu daripada disalahgunakan. 

“Pada hari yang sama, pengadu mendapati pengurangan wang dalam akaun-akaun bank miliknya berjumlah keseluruhan RM212,951.20,” katanya lagi.

Berikutan itu, kata Abdul Malik, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Nilai telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusaha mengesan suspek terlibat untuk siasatan lanjut.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya