KOTA BHARU: Tujuh buah keluarga yang merupakan mangsa banjir kekal berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, Rantau Panjang setakat pukul 8 pagi tadi.
Kesemua tujuh keluarga dari Kampung Banggol Perol itu masih belum dapat pulang ke rumah masing-masing susulan banjir termenung.
Sekretariat Pengurusan Bencana negeri dalam satu kenyataan berkata, tujuh keluarga itu terdiri daripada 27 mangsa.
“Ia melibatkan 17 dewasa dan 10 kanak-kanak,” katanya.
Menurutnya, semua sungai-sungai utama di negeri berada pada bacaan normal kecuali Sungai Semerak Pasir Puteh yang kembali melepasi paras amaran.-UTUSAN









